"Adakah Anda Juga Mahu Tahu RAHSIA Buat Duit Hanya Dari Dapur Dengan Mudah Dan Cepat, Ketika Ekonomi Negara Sedang Merudum?"

 

Rahsianya adalah melakukan apa yang anda lakukan sekarang dengan lebih SISTEMATIK!

TERKEJUT? Jangan! Berikan saya 5 minit untuk menerangkan kepada anda.

 


Dari: Dapur Azian Hasan

Mahukah anda mempunyai pendapatan tambahan atau pendapatan sendiri hanya dengan menjalankan bisnes dari dapur anda?

Ramai yang ingin mencari jalan untuk menjana wang dengan menjalankan bisnes dari rumah. Anda juga mungkin begitu....betul tak? Namun ramai terlepas pandang akan peluang menjana wang hanya dari dapur anda sahaja. Iye! tempat di mana anda memasak dan makan minum tu serta lepak-lepak bersama keluarga. Dapur boleh menjadi lubuk duit anda jika ia diusahakan dengan cara yang betul dan pasti akan memberi pulangan yang membanggakan.

Di sini saya ingin memberitahu anda semua satu berita baik. Anda kini boleh memulakan bisnes dengan hanya beroperasi dari dapur anda sahaja. Menariknya bisnes dari dapur ini adalah ia boleh dijalankan walaupun anda masih bekerja mahupun belajar. Ia mudah dilakukan. Kurang risiko. Dan kalau kena gayanya lambat laun anda akan setaraf dengan usahawan-usahawan yang gah di luar sana.

Tambahan pula gaya hidup sekarang ini seakan mewajibkan setiap individu untuk mencari duit tambahan. Tempias daripada keadaan ekonomi global yang kian meruncing pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada keadaan kewangan kita. Macam-macam boleh berlaku...kenaikan harga minyak, kenaikan kadar pinjaman ataupun lebih teruk lagi, kemungkinan kita kehilangan pekerjaan.

Pastinya perumpamaan'sediakan payung sebelum hujan' amat sesuai dengan situasi sekarang ini. Buatlah sesuatu secepat mungkin dan sekiranya anda buntu dan masih tercari-cari cara untuk mendapatkan wang tambahan tanpa mengeluarkan modal yang banyak, kurang risiko dan mendapat untung lebih, kami ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta tip-tip berguna bagaimana untuk berjaya di dalam bisnes dari dapur.

Sebenarnya sudah ramai orang berjaya menjadi usahawan ternama walaupun bisnes mereka bermula hanya dari ruang dapur mereka. Anda pernah mendengar cerita tentang Martha Stewart? Beliau ialah jutawan Amerika Syarikat yang berjaya merevolusikan budaya gaya hidup di Amerika melalui pelbagai rancangan TV serta penerbitan beberapa buku dan majalah berkaitan resipi makanan, dekorasi dan kraftangan. Hasilnya beliau kini dikatakan wanita kedua paling kaya dalam industri televisyen di Amerika selepas Oprah Winfrey.

Pada tahun 1976, beliau telah memulakan bisnes katering daripada aras bawah tanah rumah mereka di Connnecticut. Ini merupakan permulaan kepada sebuah kejayaan yang tidak diduga bagi Martha.

Sebenarnya di negara kita juga terdapat ramai usahawan yang memulakan perniagaan mereka dari dapur dan kini mencipta kejayaan yang amat membanggakan.

"Contohnya ialah Siti Zuelliah Mohammad yang kini berjaya mengangkat usaha bisnes Bahulu Warisan beliau. Bisnes Bahulu Warisan juga dimulakan sebagai sebuah perniagaan kecil-kecilan yang dilakukan dari dapur rumah. Dan hasilnya kini, Bahulu Warisan boleh didapati di 26 lokasi termasuk empat buah di Singapura. Jumlah para pekerja di semua outlet itu ialah 56 orang. Difahamkan Siti Zuelliah gigih menghasilkan lebih 30,000 biji bahulu setiap hari untuk dipasarkan di pasar raya."

 

Apa Sebenarnya Bisnes Dapur?

Ya benar, secara umumnya bisnes dari dapur adalah segala bisnes yang boleh anda jalankan yang berkait rapat dengan kemahiran dan minat memasak. Setiap bisnes yang tercetus dari memasak boleh diklasifikasikan sebagai bisnes dari dapur. Namun begitu, skop perniagaan dari dapur sudah semakin meluas dan kini ia bukan sahaja sesuai semata-mata untuk orang yang tahu atau minat memasak sahaja. Banyak lagi peluang untuk memajukan bisnes dari dapur walaupun anda hanya tahu masak air sahaja. Contohnya anda boleh menjadi perunding kesihatan ataupun manghasilkan barang-barang kraftangan.

Selain itu mungkin ramai yang beranggapan bisnes dari dapur ini sudah ketinggalan zaman dan tidak mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Perkataan dapur itu sendiri menjadikan ramai orang memandang rendah tentang keupayaan bisnes ini untuk berkembang dan setanding dengan usahawan-usahawan yang ternama. Begitupun ramai juga yang beranggapan bahawa bisnes dari dapur adalah bisnes yang mudah . Boleh dibuat ikut sesuka hati ..kalau tak jalan pun tak apa kerana kalau gagal pun tak adalah rugi sangat.

Hakikatnya tidak begitu. Memulakan bisnes walau apa sahaja sekalipun, baik yang bermodal kecil atau besar. ia tetap merupakan satu bisnes yang objektifnya ialah untuk mendapat keuntungan. Itu memang lumrah berniaga. Tiada yang berniaga sekadar suka-suka tanpa memikirkan soal untung rugi. Betul tak? Dan jika anda boleh menjadi jutawan dengan menjalankan bisnes hatta dari sebuah dapur sekalipun, maka rebutlah peluang yang ada ini.

Jika anda berhasrat untuk menjadi seorang usahawan berjaya, tidak semestinya anda mesti memulakan perniagaan yang besar-besar sahaja. Anda silap jika anda beranggapan bahawa bisnes yang besar sahaja akan memberi pulangan yang besar.

Saya juga pernah beranggapan sedemikian. Dalam keghairahan saya mencari wang, saya pernah membuat pinjaman menecah ratusan ribu ringgit untuk membuka sebuah restoran. Iyalah saya lihat rata-rata pemilik restoran dapat hidup dalam kemewahan. Saya rasa jika saya berniaga secara besar- besaran barulah boleh dapat duit yang banyak berbanding dengan berniaga dari rumah. Malangnya, ketika itu tiada sebarang panduan yang dapat membantu saya dan akhirnya saya tenggelam dalam keadaan syok sendiri……sehinggalah saya terpaksa menutup kedai tersebut kerana terlalu banyak masalah yang timbul walaupun pada mata kasarnya, bisnes restoran saya menjadi.

Saya usahakan kembali perniagaan kecil-kecilan dari dapur dan walaupun jualannya tak seberapa tetapi hasilnya membanggakan. Kini segala permasalahan yang timbul mudah diatasi. Dan hidup pun menjadi lebih tenang.

 

Apa Menariknya Bisnes Dari Dapur?

Anda tidak memerlukan lokasi tertentu, hanya gunakan ruang dapur anda sebagai tempat memasak dan berniaga.

Tidak perlu membeli alat-alat kelengkapan yang lengkap, gunakan sahaja peralatan yang ada sebagai permulaaan.

Anda boleh menguruskan masa anda sendiri disamping menjaga anak- anak. Tumpuan boleh diberikan sepenuhnya kepada keluarga.

Anda boleh memberi lebih tumpuan ke dalam bidang pemasaran di mana anda mempunyai banyak masa untuk menelefon pelanggan, membuat penghantaran, membuat blog dsbnya.

Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk membayar gaji pekerja, duit sewa dan sebagainya...duit itu boleh masuk terus ke dalam poket anda.

Anda boleh berjimat kerana anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli pakaian dan perhiasan yang banyak. Tak perlu susah-susah....duduk di rumah sahaja sambil tu boleh buat banyak duit.

Jadi fikir-fikirkanlah. Mungkin sudah tiba masa untuk anda memulakan langkah membina bisnes dari dapur. Percayalah, berdasarkan pengalaman saya selama lebih 15 tahun dengan berbisnes dari dapur, anda dan kita semua sememangnya boleh membuat duit dengan berbisnes dari dapur anda. Dan kalau betul caranya, memang sangat-sangat menguntungkan. Seperti juga bisnes yang lain, yang penting ialah kita perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal sebelum terjun ke bidang ini. Ingat! Bisnes dari dapur bukan sekadar main tangkap muat sahaja. Oleh itu sebelum memulakan langkah pertama kita perlu tingkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Iringkan dengan doa dan tawakal kepada Allah sentiasa, kami pasti anda akan berjaya mencipta kejayaan yang diimpikan.

Sesungguhnya berbisnes dari dapur memang memberi kepuasan kerana anda kini mampu terlibat dalam banyak benda. Tetapi sebelum terjun ke dunia perniagaan, ambil langkah untuk belajar sedikit sebanyak tentang selok-belok perniagaan. Janganlah pula terjun ke bidang perniagaan dengan membabi buta sahaja. Ini membunuh diri namanya.

Bertitik-tolak dari ini saya telah merangka satu "guideline" atau rujukan yang mampu dimiliki oleh semua bagi memudahkan dan meyakinkan bakal usahawan untuk memulakan langkah pertama di alam bisnes dan seterusnya berjaya dengan cemerlang.

Mahukah Anda Mendapatkan Formula Lengkap Bagaimana Untuk memulakan Bisnes dari Dapur dengan Selamat? Terjamin, Komprehensif & Berkesan!

E-Book ini akan membantu bakal-bakal usahawan untuk memulakan bisnes dari dapur mereka. Tidak seperti ebook-ebook yang lain, 'DAPUR - Lubuk Duit Anda' memberikan panduan langkah demi langkah bagaimana membina bisnes dari dapur yang boleh diguna-pakai di seluruh Malaysia. Namun begitu, pembaca-pembaca di Brunei Darussalam, Singapura dan mana-mana tempat di luar Malaysia masih boleh mengaplikasikannya dengan menyesuaikan dengan keperluan perundangan setempat. Ia juga yang pertama seumpamanya dalam Bahasa Melayu!

Di dalam ebook ini, penerangan diberikan secara mendalam tentang potensi menjadi seorang usahawan dari dapur. Bagaimana pentingnya mempunyai asas-asas jati diri di dalam diri setiap usahawan . Walaupun ianya nampak seperti biasa sahaja tetapi memberi impak yang besar didalam perjalanan bisnes nanti. Ianya juga boleh dijadikan panduan kepada usahawan yang sudah memulakan bisnes. Segala tip-tip yang terkandung di dalam e-book ini memadai untuk membantu usahawan dan bakal usahawan dalam memulakan dan menjayakan bisnes dengan cara yang betul.
 

Antara kandungan menarik didalam e-book ini:

Sikap Sebenar Orang Bisnes
Kepentingan perancangan
Ke mana halatuju bisnes - matlamat dan objektif bisnes anda
Bagaiamana memilih Bisnes Dari Dapur yang sesuai dengan anda
Modal - Duit Bukan Halangan
Disiplin Orang Bisnes
Bagaimana untuk menjadi pakar (walaupun anda baru berjinak-jinak dengan dapur)
Memulakan jualan (tips-tips pemasaran)
Urusniaga Bisnes
Kepentingan Aliran Wang

"Lengkap & Praktikal!"

Setelah membaca keseluruhan material di dalam pakej  Dapur - Lubuk Duit Anda saya yakin sesiapa juga pasti akan dapat memulakan bisnes dari dapur dengan cepat dan mudah. Segala tips dan petua yang diberikan begitu mudah diikuti. Ia juga amat senang difahami... gaya bahasa yang santai membuatkan anda tidak akan berasa jemu membacanya. Saya yakin, penulis ebook ini mengambil masa yang lama untuk menghasilkan pakej ebook bagaimana untuk memulakan bisnes dari dapur ini.

Pendek kata ia amat komprehensif, lengkap dan menyentuh banyak perkara mengenai bagaimana untuk membina bisnes dari dapur dengan jayanya..

Jadi kalau anda tidak punya idea untuk memulakan bisnes, ebook ini wajib dibaca!

 

 

Mior Azli
www.andadilahirkanberjaya.com

 

"E-Book ini mengajar kita cara yang betul"

Ebook Buat Duit Dari Dapur sememangnya harus dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk membina bisnes pada suatu hari nanti ataupun sekurang-kurangnya untuk berada di tahap bebas kewangan.

Apa yang menarik ialah, ebook ini sarat dengan pelbagai tips, rahsia, pengalaman, panduan dan ilmu yang tidak ternilai harganya dan saya pasti harga ebook ini tidak sepatutnya dijual dengan harga semurah ini.

Sesungguhnya berbekalkan buku ini, kita patut tanamkan tekad dan kuatkan semangat, InsyaAllah kita juga boleh mencapai cita-cita untuk berjaya dalam bisnes dari dapur.

 

 

 

 

 

 

Nisa Azizi

http://nixa83.blogspot.com

Memandangkan ebook Rahsia Buat Duit Dari Dapur ini baru dikeluarkan dan kami ingin mengumpul testimonial-testimonial dari pembaca baru, kami ingin memberi tawaran pengenalan. Apabila anda membeli ebook Rahsia Buat Duit Dari Daput, anda akan mendapat:

 

Bonus # 1: Ebook Idea- 7 Idea Hebat Bisnes Dari Dapur

Anda perlu memilih produk apa yang hendak dijual, tetapi adakah produk itu berpotensi di pasaran? Ramai orang yang tidak tahu memilih idea bisnes apa yang hendak dibuat dan akhirnya meniru bulat-bulat bisnes orang lain. Bukan begitu caranya. Di dalam bahagian ini anda anda akan dipaparkan dengan 7 idea bisnes dari ribuan idea bisnes dari dapur yang berpotensi untuk dijayakan.

Penerangan secara terperinci pada setiap satu idea tersebut akan memudahkan dan menjimatkan masa anda dari membuat tinjauan dan sebagainya. Antara kandungan menarik didalam e-book ini:


7 Idea Hebat Untuk Bisnes Dari Dapur

Langkah-langkah Awal Bagaimana Untuk Memulakan Bisnes Pilihan Anda
Petua-Petua Bisnes Yang Berjaya
Senarai Lengkap Peralatan dan Bahan Yang Diperlukan Untuk Bisnes Anda
Kaedah Pemasaran Sesuai untuk Setiap Jenis Bisnes
Prospek Masa Depan Bisnes Dari Dapur .. Dan Bagaimana Untuk Mengambil Peluang Yang Ada
Dan Pelbagai Lagi Informasi Bisnes Dari Dapur Yang Berpotensi!

 

Bonus # 2: Koleksi Resipi Kek Mudah dan Cepat

Saya faham kebanyakan dari anda teruja untuk memulakan bisnes kek dari rumah tetapi anda masih takut dan menangguhkan impian anda hanya kerana anda kurang kepakaran atau keyakinan untuk menghasilkan pelbagai kek. Anda ingin menghadiri kelas-kelas kek tetapi bayarannya agak mahal. Itu belum lagi masalah kesuntukan masa untuk menghadiri pelbagai kelas-kelas kek.

Saya sendiri telah banyak kali menghadiri kelas-kelas sebegini, dan percayalah kalau setakat menghadiri kelas sekali dua anda belum layak untuk menghasilkan kek yang boleh dijual secara komersil. Ini kerana proses membuat kek ini sebenarnya boleh menjadi rumit dan remeh. Lain kek lain tekniknya. Oleh itu tidak hairanlah ramai yang cepat menyerah kalah dalam bab membuat kek ini.

Saya sendiri sering berasa patah semangat bila kek yang dibuat menjadi bantat dan tidak menjadi.

Menyedari masalah yang sering menghantui ramai orang dalam hal ini, saya telah mengambil masa hampir setahun untuk mencari dan mengubah suai teknik membuat kek agar ia menjadi proses yang mudah dan cepat. Saya menghabiskan bukan sedikit masa dan wang ringgit untuk membuat setiap satu kek agar ia bukan sahaja mudah dan cepat disediakan malahan lebih penting lagi adalah hasilnya menjadi, sedap dan sesuai untuk dijual kepada khalayak ramai.

Jangan risau...dengan terhasilnya Koleksi Kek Mudah dan Cepat ini, saya pasti ianya akan banyak membantu anda untuk memulakan perniagaan kek dari rumah.

Bonus # 3: Kuiz Keusahawanan

Kuiz keusahawanan ini dapat membantu menilai samada anda bersedia untuk memulakan sebuah bisnes. Dari kuiz ini anda akan dapat menilai tahap kesediaan anda sebelum mengorak langkah ke dunia bisnes.

Tempah sekarang!

Pakej Regular Pakej Premium

E-book Dapur Lubuk Duit Anda

+
Bonus # 1:

E-book 7 Idea Hebat Bisnes Dari Dapur

+
Bonus # 2:
Kuiz Keusahawanan

+
Bonus # 3
Koleksi Resipi Kek Mudah- Cepat

E-book Dapur Lubuk Duit Anda

+
Bonus # 1:

E-book 7 Idea Hebat Bisnes Dari Dapur

+
Bonus # 2:
Kuiz Keusahawanan

+
Bonus # 3
Koleksi Resipi Kek Mudah- Cepat

+
EXTRA!
Koleksi Template Penyata Kewangan*

(RM15 sahaja)

 

Harga: RM 45

 Harga: RM 60

* Sekiranya anda memilih Pakej B, anda hanya perlu membayar tambahan RM15 untuk mendapatkan Koleksi Template Penyata Aliran Tunai. Template yang diberi adalah berformatkan Microsoft Excel dan telah sedia untuk digunakan sepenuhnya dengan memasukkan butiran bisnes anda sahaja. Seperti yang diketahui, aliran tunai dan penyata kewangan yang ringkas dan lengkap adalah amat penting bagi memastikan kejayaan sesuatu bisnes. Bagi anda yang tidak mempunyai pengetahuan dan latar belakang tentang hal-ehwal kewangan, Koleksi Template Penyata Kewangan adalah amat sesuai untuk dimiliki.

INGAT!!! Ini adalah tawaran promosi pengenalan. Untuk tempoh waktu yang terhad. Jangan lepaskan peluang hebat ini!!

TAWARAN HEBAT!!!

"E-book ini mengkagumkan!"

Dan saya amat kagum. Buku ini memang berbeza. Sebaik sahaja membaca buku ini, persepsi saya terhadap bisnes dari rumah terutama dari dapur mula berubah.

Terlalu banyak tips-tips bisnes dan contoh-contoh kejayaan yang dimuatkan di dalam ebook ini. Ini semua membakar semangat saya untuk memulakan bisnes.

Adakalanya saya rasa benda yang disebutkan itu macam perkara biasa sahaja. Tapi, rupa-rupanya...perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang jika mahu berjaya dalam perniagaan.

Apa yang boleh saya simpulkan, pelaburan untuk buku ini memang berbaloi. Harganya sangat murah jika hendak dibandingkan dengan nilai yang akan diperolehi selepas membaca buku ini. Percayalah, anda tidak akan rugi kerana memilikinya. Tetapi anda mungkin akan rugi, jika anda tidak memilikinya.

 

 

 

 

Syamsidar Amir Sharifuddin

Siswazah Pentadbiran Perniagaan

 

CARA BELIAN E-BOOK

Anda hanya perlu mengikuti dua langkah berikut:

LANGKAH 1

Depositkan wang sebanyak RM45 atau RM60 ke dalam salah satu akaun berikut menggunakan perbankan internet / deposit bank / ATM deposit / ATM Transfer.

 

Maybank 1623 5722 2552 Mior Azhar Mior Md Isa
CIMB 1209 0033 131522 Mior Azhar Mior Md Isa

LANGKAH 2

Sila isikan maklumat-maklumat penting berikut dengan lengkap dan sila kepilkan (paste) bukti pembayaran anda untuk mempercepatkan proses muat turun e-book yang di beli.

Maklumat yang diperlukan:

Nama:

E-mel:

No. telefon:

Bukti pembayaran:

Anda digalakkan membuat bayaran melalui maybank2u atau cimbclicks. Setelah mengisikan maklumat yang diperlukan, hantarkan  ke e-mel info@duniadapur.com dengan kadar segera.

Manual e-book Dapur - Lubuk Duit Anda akan diemel dalam masa 48 jam selepas kami mengesahkan bukti pembayaran anda.

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau bantuan, anda boleh menghubungi Puan Azian di talian 017-6205367 atau di alamat emel: info@duniadapur.com